Taufan Ian: Sekurang-kurangnya 83 maut di Florida

Ribut tropika menyebabkan kemusnahan termasuk di Pantai Fort Myers, Florida pada Ahad. - Foto EPA
Ribut tropika menyebabkan kemusnahan termasuk di Pantai Fort Myers, Florida pada Ahad. - Foto EPA
A
A
A

WASHINGTON - Sekurang-kurangnya 83 orang maut susulan Taufan Ian yang melanda Florida, Amerika Syarikat (AS) minggu ini, menurut satu laporan pada Ahad.

Ribut tropika itu mencetuskan banjir dan kemusnahan terutamanya di Fort Myers, Pantai Fort Myers dan Cape Coral di barat daya Florida.

Agensi Anadolu melaporkan jumlah kematian dikhuatiri meningkat, memetik laporan NBC News.

North Carolina melaporkan empat korban dan usaha menyelamat masih dijalankan selepas ribut Kategori Empat itu melanda pada Rabu.

Presiden, Joe Biden pada Khamis berkata, Taufan Ian "boleh menjadi bencana yang paling membawa maut” dalam sejarah negeri itu.

"Ia boleh menjadi taufan paling dahsyat dalam sejarah Florida. Angka kematian sebenar masih tidak dapat dipastikan, tetapi daripada laporan awal yang diterima mungkin ramai yang terkorban," kata Biden. - Bernama

Artikel Berkaitan: