Kutipan hasil di Pahang capai RM1 bilion

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Pahang berjaya memperolehi kutipan hasil negeri RM1.02 bilion pada suku kedua tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian itu satu sejarah besar kepada kerajaan Pahang berikutan masih berbaki beberapa bulan lagi penutup tahun 2022.

"Dengan jumlah kutipan hasil melebihi sasaran ditetapkan, kerajaan negeri akan memastikan lebih banyak bantuan disalurkan kepada rakyat Pahang.

"Semua bantuan diumumkan sebelum ini akan ditambah baik dan kita akan umumkan pada pembentangan Bajet Pahang 2023 Jumaat ini," katanya pada Ahad.

Beliau turut membayangkan antara penambahbaikan insentif itu adalah pembayaran bonus untuk penjawat awam kerajaan negeri.

Tambah beliau, pencapaian membanggakan itu hasil tadbir urus yang baik serta mengurangkan ketirisan dalam perbelanjaan.

'Kerajaan Pahang mengambil sikap untuk tidak bergantung kepada kerajaan Persekutuan. Ini menjadi motivasi kepada kerajaan Pahang untuk mengutip hasil lebih banyak dan sasaran itu dicapai lebih cepat daripada sasaran.

“Tempoh 22 bulan (ketika pemerintahan Pakatan Harapan) mengajar saya untuk tidak bergantung kepada kerajaan Pusat.

Artikel Berkaitan:

“Syukur ke hadrat Ilahi apabila usaha yang saya dan rakan-rakan Exco serta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN membuahkan hasil yang diterjemahkan menerusi pencapaian memperoleh hasil RM1 bilion ini,” jelas beliau.