Rusia cabuli undang-undang antarabangsa, Piagam PBB: Singapura

Putin pada Jumaat umum pengilhakan empat wilayah Ukraine susulan referendum yang diadakan di setiap wilayah itu yang tidak diiktiraf Ukraine dan negara-negara Barat.
Putin pada Jumaat umum pengilhakan empat wilayah Ukraine susulan referendum yang diadakan di setiap wilayah itu yang tidak diiktiraf Ukraine dan negara-negara Barat.
A
A
A

SINGAPURA - Keputusan Rusia secara rasmi mengisytiharkan pengilhakan empat wilayah Ukraine - Donetsk, Luhansk, Zaporizhzhia, dan Kherson mencabuli undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut Kementerian Luar Singapura.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Sabtu, jurucakap kementerian itu berkata, "kedaulatan, kebebasan politik dan integriti wilayah semua negara mesti dihormati."

Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Jumaat mengumumkan pengilhakan empat wilayah Ukraine susulan referendum yang diadakan di setiap wilayah itu yang tidak diiktiraf Ukraine dan negara-negara Barat. - Bernama

-- BERNAMA

Artikel Berkaitan: