Beli ubat dari ahli farmasi berdaftar

Dr Mohd Hayati (dua dari kiri) melakukan gimik pelancaran sambutan Hari Farmasi Sedunia peringkat negeri Kedah-Perlis di sebuah kompleks beli-belah di Alor Setar pada Sabtu.
Dr Mohd Hayati (dua dari kiri) melakukan gimik pelancaran sambutan Hari Farmasi Sedunia peringkat negeri Kedah-Perlis di sebuah kompleks beli-belah di Alor Setar pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - Pembeli dinasihatkan membeli ataupun mendapatkan sebarang ubat-ubatan dan produk kesihatan daripada ahli farmasi berdaftar.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, pengguna perlu berhati-hati supaya tidak membeli ubat-ubatan daripada sumber tidak sah.

Beliau melahirkan kebimbangan apabila ada sebilangan pengguna membeli ubat tertentu melalui aplikasi dalam talian, sedangkan ubat-ubatan itu tidak diiktiraf.

"Apabila ambil produk tidak diiktiraf dan mengandungi bahan bahaya kepada tubuh, ia menyebabkan kesan sampingan.

"Malah, apabila diambil dalam jangka panjang ia memberi kesan yang teruk kepada buah pinggang, usus dan organ dalaman lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Farmasi Sedunia

Peringkat Negeri Kedah-Perlis di sebuah kompleks beli-belah di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Dr Ismuni Bohari dan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (PFM), Amrahi Buang.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Dr Mohd Hayati merasmikan sambutan 'World Pharmacist Day' peringkat negeri Kedah-Perlis yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti saringan kesihatan percuma, pameran, pidato, pertandingan mewarna dan kempen derma darah.

Beliau menyifatkan program itu inisiatif yang amat baik dalam memberi kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan mendapatkan maklumat berkaitan ubat-ubatan dibenarkan daripada pihak autoriti.

"Melalui aktiviti diadakan, pengguna didedahkan dan dinasihatkan dengan cara memeriksa ubat-ubatan berkenaan sama ada diiktiraf ataupun tidak melalui pemeriksaan label keselamatan hologram," katanya.