Prayut kekal jadi PM Thailand

Prayut digantung tugas pada 24 Ogos lalu. - Foto: Agensi
Prayut digantung tugas pada 24 Ogos lalu. - Foto: Agensi
A
A
A

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha yang digantung tugas sejak 24 Ogos akan kekal memegang jawatannya.

Keputusan itu dibuat Mahkamah Perlembagaan pada Jumaat selepas panel terdiri daripada sembilan hakim sebulat suara tempoh perkhidmatan Prayut tidak melebihi had lapan tahun seperti dipersoalkan banyak pihak sebelum ini.

"Mahkamah Perlembagaan memutuskan dengan majoriti bahawa jawatan Perdana Menteri yang dipegang Prayut tidak melebihi had lapan tahun. "Kabinet di bawah kepimpinan beliau dikira bermula pada 6 April 2017," kata Hakim Punya Udchacon.

Keputusan yang berpihak kepada Prayut itu bermakna beliau akan memegang jawatan itu sehingga 2025 jika dilantik semula sebagai Perdana Menteri jika parti pimpinannya, Parti Palang Pracharat meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum pada awal 2023.

Sejak awal pagi, kawalan keselamatan telah dipertingkatkan di sekitar kawasan Mahkamah Perlembagaan di ibu kota selepas kumpulan protes prodemokrasi berikrar mahu mengadakan bantahan seluruh pusat bandar jika Prayut yang sebelum ini berdepan desakan untuk meletak jawatan dibenarkan meneruskan perkhidmatannya. - AFP


INFO:


> Prayut menjadi Perdana Menteri pada Ogos 2014 selepas melancarkan kudeta yang menggulingkan kerajaan pimpinan Parti Pheu Thai pada Mei tahun sama.

>Parti pembangkang, Pheu Thai mendakwa tempoh perkhidmatan Prayut telah melebihi had dibenarkan dalam Perlembagaan 2017 yang menetapkan mana-mana Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan itu untuk tempoh lebih lapan tahun.

Artikel Berkaitan:

> Susulan keputusan penggantungan tugas itu, timbalan beliau, Prawit Wongsuwan telah diberi tanggungjawab untuk menjadi Perdana Menteri sementara manakala Prayut masih meneruskan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan.