Penyertaan Muda dalam PH mula dirunding

Barisan Jawatankuasa Rundingan PH dan Muda yang sertai mesyuarat pada Jumaat.
Barisan Jawatankuasa Rundingan PH dan Muda yang sertai mesyuarat pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengadakan mesyuarat rasmi buat kali pertama bagi merundingkan penyertaan parti itu dalam gabungan berkenaan.

Jawatankuasa Rundingan PH dan Muda dalam satu kenyataan berkata, antara ahli jawatankuasa rundingan PH yang hadir pada mesyuarat itu adalah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim Chee Keong; Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Hasbie Muda dan Naib Presiden, Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick.

Di pihak pimpinan Muda pula, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Timbalan Presiden, Amira Aisya Abd Aziz; Naib Presiden, Zaidel Baharuddin dan Ketua Penerangan, Luqman Long.

“Ini adalah satu usaha serius antara PH dan Muda bagi memastikan bahawa suara dan kepentingan rakyat diangkat bersama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Perbincangan hari ini telah berlangsung dengan baik dan lancar. Isu-isu berbangkit akan dibawa kepada peringkat pimpinan dalam mesyuarat Majlis Presiden yang akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya Jumaat.

Selain itu, kedua-dua pihak turut memaklumkan segala perkembangan di masa hadapan akan dimaklumkan melalui kenyataan bersama kepada pihak media.

Artikel Berkaitan: