Teleskop Webb dedah gambar kapal angkasa langgar asteroid

Teleskop James Webb (kanan) dan Teleskop Hubble (kiri) menunjukkan letupan akibat kapal angkasa DART merempuh asteroid Dimorphos pada awal minggu ini. - Foto AFP
Teleskop James Webb (kanan) dan Teleskop Hubble (kiri) menunjukkan letupan akibat kapal angkasa DART merempuh asteroid Dimorphos pada awal minggu ini. - Foto AFP
A
A
A
PARIS - Teleskop James Webb dan Hubble pada Khamis mendedahkan imej pertama yang menunjukkan kapal angkasa tanpa juruterbang sengaja melanggar asteroid Dimorphos pada awal minggu ini.

Ahli-ahli astronomi gembira apabila ujian Asteroid Redirection Berganda (DART) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merempuh asteroid tersebut yang berbentuk bola ragbi bersaiz sebuah piramid lebih 10 juta kilometer dari bumi pada malam Isnin.

Imej yang dirakamkan menunjukkan awan besar keluar dari Dimorphos selepas rempuhan kapal angkasa itu.

Gambar hentaman yang dirakamkan oleh Teleskop James Webb dan Hubble adalah lebih dekat, kata Alan Fitzsimmons, seorang ahli astronomi di Queen's University Belfast, Ireland Utara.

Teleskop James Webb dan Hubble merakamkan pemandangan dalam jarak beberapa kilometer sahaja dari asteroid tersebut, kata Fitzsimmons kepada AFP.

"Ia benar-benar sangat menakjubkan," katanya.

Kapal angkasa itu sengaja melanggar asteroid tersebut sebagai ujian bersejarah NASA bagi mendapatkan data-data saintifik dan ia boleh digunakan jika bumi berdepan dengan ancaman asteroid pada masa depan. - Agensi

Artikel Berkaitan: