21 bot nelayan asing dilupuskan tahun ini

Sebuah bot nelayan asing Vietnam dilupuskan secara hancur musnah pada Jumaat.
Sebuah bot nelayan asing Vietnam dilupuskan secara hancur musnah pada Jumaat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu melupuskan 21 buah bot nelayan asing yang dilucut hak atas kesalahan menceroboh perairan negara tahun ini.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Terengganu, Komander (M) Ariffin Ghazali berkata, terbaru, sebuah bot nelayan asing Vietnam dilupuskan secara hancur musnah pada Jumaat.

Katanya, pelupusan kaedah hancur musnah itu merupakan siri kesembilan yang dilakukan ke atas bot di bawah 70 gross register tonnage (GRT).

"Tindakan pelupusan itu diambil ke atas bot nelayan asing warga Vietnam yang menceroboh perairan negara di bawah kesalahan Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

"Bot yang dihancur musnah kali ini telah ditahan pada tahun lalu kerana menceroboh perairan dan mencandat sotong tanpa kebenaran. Bot bersama dua kru itu ditahan kira-kira 112 batu nautika dari Kuala Terengganu pada 17 Julai 2021," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Menurut Ariffin, Maritim Malaysia sentiasa tegas dalam melaksanakan undang-undang khususnya di perairan negeri Terengganu bagi memastikan sumber perikanan negara dapat dilindungi dan kedaulatan negara terpelihara.

"Maritim Malaysia meminta kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim untuk melaporkan sebarang maklumat perlakuan melanggar undang- undang dan kejadian kecemasan yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999," katanya.

Artikel Berkaitan: