Lelaki maut rempuh tapir

Keadaan haiwan terbabit dalam kejadian seorang penunggang motosikal maut rempuh tapir dan keadaan motosikal milik mangsa dalam kejadian terbabit. -Foto:Media sosial
Keadaan haiwan terbabit dalam kejadian seorang penunggang motosikal maut rempuh tapir dan keadaan motosikal milik mangsa dalam kejadian terbabit. -Foto:Media sosial
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai melanggar seekor tapir yang tiba-tiba melintas di Kilometer 17 Jalan Seremban-Kuala Pilah pada Khamis.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu melibatkan seorang lelaki berusia 33 tahun menunggang motosikal jenis Honda RS150 seorang diri dari arah Seremban menghala Kuala Pilah.

"Berdasarkan siasatan awal, sebaik tiba di lokasi tiba-tiba seekor tapir telah melintas menyebabkan motosikal ditunggang mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar tapir dan tercampak ke tepi jalan.

"Akibat daripada kemalangan terbabit, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Amran berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan di

di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: