Dua lelaki melecur dalam kebakaran rumah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Dua lelaki melecur dalam kebakaran melibatkan tiga rumah di Jalan Nanas Barat, Kampung Kudei di sini, pagi Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran rumah itu pada jam 9.30 pagi tadi.

Katanya, dalam kebakaran itu, dua rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi rumah jenis tidak kekal hanya terbakar di bahagian dinding.

"Terdapat dua lelaki dewasa melecur dengan mangsa pertama telah melecur 30 peratus manakala mangsa kedua melecur 10 peratus. Mereka telah melecur di bahagian kepala, bahu dan tangan.

"Keadaan di lokasi adalah terkawal dan kerja mengawal kebakaran daripada merebak sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan: