2,445 kes baharu, dua kematian akibat Covid-19

Sebanyak 2,445 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Rabu. - Gambar hiasan.
Sebanyak 2,445 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Rabu. - Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,445 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Rabu dengan dua daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan Covid-19 kepada 4,837,005.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak dua kematian direkodkan pada Rabu dan tiada kes kematian melibatkan di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kepada sebanyak 36,365.

Kes sembuh dicatatkan pula adalah sebanyak 1,613 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,775,927 kes.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan sebanyak 24,713 dengan 23,567 atau 95.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara di hospital (1,105) dengan 41 daripadanya dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 22 pesakit yang dimasukkan ke ICU memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 19 lagi memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: