Usah sampai LGBT dianggap bukan satu perkara salah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEORANG murid perempuan tergamak mereka-reka cerita kononnya dia nyaris diculik di hadapan sebuah sekolah di Taman Pinji Mewah, Ipoh, Perak pada Jumaat lalu lalu angkara terpengaruh dengan video-video penculikan di media sosial.

Kanak-kanak dan remaja memang mudah terpengaruh dengan filem-filem yang ditonton di televisyen mahupun video di media sosial. Malah ada yang patah kaki gara-gara berlakon seperti Superman atau Spiderman.

Melihat pengaruh filem kepada kanak-kanak terutamanya, kerajaan melalui Lembaga Penapis filem (LPF) bertindak menapis filem yang ditayangkan di televisyen mahupun panggung wayang.

Selain ditapis, filem-filem yang ditayangkan diklasifikasikan kepada U, P13 atau 18 sebagai rujukan terutamanya kepada ibu bapa.

Namun apa yang dibimbangkan Merak Jalanan kini adalah mudahnya filem-filem yang belum ditapis LPF ini disiarkan di perkhidmatan laman penstriman yang ada.

Sejak beberapa bulan lalu, Merak Jalanan melanggan satu perkhidmatan laman penstriman gara-gara teringin sangat menonton satu drama bersiri Korea Selatan yang mendapat tontonan tinggi di beberapa negara termasuk di Malaysia.

Namun apa yang mengejutkan Merak Jalanan, terdapat satu adegan seks dalam drama ini yang tidak dipotong hingga memaparkan anggota badan yang tidak sepatutnya disiarkan.

Selain itu, berdasarkan beberapa siri lain yang ditonton, adegan bercium antara perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan lelaki juga tidak dipotong dan seolah-olah menggambarkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ini satu perkara normal.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan risau kanak-kanak dan remaja terpengaruh dan hendak mencuba pula adegan yang ditonton mereka. Jangan sampai kanak-kanak dan remaja beranggapan LGBT ini tidak salah. Nauzubillah. Cegah sebelum parah.