Tiada kes cubaan culik di Kuala Langat: Polis

Polis menafikan berlaku kejadian cubaan culik di Kuala Langat seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Polis menafikan berlaku kejadian cubaan culik di Kuala Langat seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LANGAT - Polis menegaskan tiada insiden cubaan culik seorang pelajar perempuan di Kuala Langat seperti dakwaan yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, hantaran tular mengenai dakwaan itu dikesan pihaknya pada Rabu.

Ahmad Ridhwan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerima satu laporan polis pada Jumaat lalu daripada seorang pelajar perempuan mengenai seorang individu dikatakan berkelakuan mencurigakan keluar dari sebuah kereta semasa pelajar tersebut berada di sebuah perhentian bas.

"Namun dari siasatan awal ke atas laporan polis tersebut tiada sebarang cubaan culik berlaku sebagaimana yang ditularkan.

"Polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut tentang laporan polis tersebut bagi mengesahkan kejadian sebenar yang berlaku," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tegasnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Sebelum itu, tular di aplikasi WhatsApp satu hantaran menyatakan bahawa seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun hampir menjadi mangsa kes culik.

Artikel Berkaitan: