Penunggang motosikal maut rempuh belakang lori

Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat dalam kemalangan maut melibatkan lori di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban pada Ahad.
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat dalam kemalangan maut melibatkan lori di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban pada Ahad.
A
A
A

KAJANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 293 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah Kuala Lumpur pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, mangsa yang berusia 41 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati lori berkenaan bergerak perlahan di lorong kecemasan bagi menjalankan kerja pembaikan lampu jalan di kawasan lebuh raya itu.

"Ketika lori berkenaan memperlahankan kenderaan untuk berhenti, sebuah motosikal yang datang dari arah belakang melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori terbabit," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal warga tempatan berkenaan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Faezah Mohd Zakria menerusi talian 012-326 8496.

"Polis turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan had laju ditetapkan serta mengamalkan sikap bertanggungjawab dan berhati-hati ketika memandu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!