Amaran ribut petir di enam negeri, Wilayah Persekutuan Labuan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di enam negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga jam 1 pagi esok.
MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan kawasan yang terjejas di Semenanjung merangkumi seluruh Perlis serta beberapa daerah di Kedah, iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Kota Setar dan Pendang.
Di Pahang pula, kawasan yang terlibat ialah Bentong, Bera, Temerloh, Pekan dan Rompin, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu dan Jempol.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak yang meliputi Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Serian (Siburan), Limbang serta Miri (Marudi, Telang Usan, Beluru dan Miri).
Sementara itu, di Sabah, kawasan terjejas ialah Pedalaman (Membakut, Keningau, Pensiangan, Kuala Penyu, Sook, Tenom, Sipitang dan Beaufort), Tawau (Lahad Datu, Kunak, Kalabakan dan Tawau) serta Sandakan (Kinabatangan dan Tongod), selain keseluruhan Wilayah Persekutuan Labuan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
