BNM keluar syiling peringatan sempena ulang tahun Kilang Wang

Syiling Peringatan Tembaga (pruf) mempunyai nilai muka RM5 boleh didapati dalam tiga reka bentuk iaitu wau, gasing serta congkak. - Foto BNM
Syiling Peringatan Tembaga (pruf) mempunyai nilai muka RM5 boleh didapati dalam tiga reka bentuk iaitu wau, gasing serta congkak. - Foto BNM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan sempena ulang tahun Kilang Wang ke-50.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, Kilang Wang telah menghasilkan duit syiling yang cantik dengan reka bentuk yang disukai rakyat Malaysia sejak lima dekad lalu.

"Kilang Wang meraikan warisan budaya negara kita sambil mempamerkan ketukangan dan teknologi kilang tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ditubuhkan pada 10 Julai 1971, Kilang Wang adalah pengeluar rasmi duit syiling Malaysia.

Syiling peringatan itu akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Duit Syiling Peringatan Tembaga (pruf) dan Duit Syiling Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.).

Syiling Peringatan Tembaga (pruf) mempunyai nilai muka RM5 dan boleh didapati dalam tiga reka bentuk iaitu wau, gasing serta congkak, masing-masing seberat 36.6 gram, 21.7 gram dan 22.8 gram, yang mana, ia akan dijual pada harga RM220 sekeping.

Duit Syiling Peringatan Emas Nordic B.U. diperbuat daripada tembaga dan campuran beberapa logam lain. - Foto BNM
Duit Syiling Peringatan Emas Nordic B.U. diperbuat daripada tembaga dan campuran beberapa logam lain. - Foto BNM

Manakala, Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.) diperbuat daripada tembaga dan campuran beberapa logam lain mempunyai berat 8.5 gram.

Artikel Berkaitan:

Syiling ini mempunyai nilai muka RM1 dan akan dijual pada harga RM13.20 sekeping.

Duit syiling peringatan itu juga boleh didapati dalam satu set dengan tiga rekaan, berharga RM605 setiap set, masing-masing merangkumi wau, gasing dan satu syiling tembaga berbentuk congkak.

Syiling-syiling peringatan ini boleh dibeli mulai Rabu, dan mereka yang berminat boleh membuat pesanan mereka melalui https://duit.bnm.gov.my. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!