Pogba sangkal Ronaldo bermasalah di bilik persalinan

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

PEMAIN tengah Juventus, Paul Pogba mempertahankan bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo yang didakwa menjadi punca masalah di bilik persalinan Manchester United.

Menurut Pogba, seorang pemain seperti Ronaldo sering menjadi penyelamat maruah United dan agak susah untuk melihat pemain itu melakukan masalah bersama pasukan.

“Dia tidak pernah menimbulkan masalah. Kami memiliki penyerang terbaik dalam sejarah pasukan kami, dia bukan satu masalah.

"Mutu persembahannya dan semua pasukan sangat bagus. Semua orang mengenali Cristiano tapi tidak perlu bercakap tentangnya.

“Dia tidak beraksi dalam perlawanan terakhir, tapi apabila dia meledak tiga gol sebaik kembali. Semua orang berasa gembira,” katanya.

Sebelum ini, terdapat beberapa laporan yang mendakwa Ronaldo menjadi penyebab bilik persalinan Manchester United sudah tidak harmoni.

Ia selepas Ronaldo tidak lagi menjadi taruhan kesebelasan utama apabila gagal mengekalkan kedudukannya sejak pelantikan Erik ten Hag.....

Artikel Berkaitan: