Ribuan penyokong desak Lula dibebaskan

Ribuan penyokong bekas presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva berhimpun di luar penjara di mana beliau ditahan lebih setahun lalu.
Ribuan penyokong bekas presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva berhimpun di luar penjara di mana beliau ditahan lebih setahun lalu.
A
A
A

CURITIBA - BRAZIL. Ribuan penyokong bekas presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva berhimpun di luar penjara di mana beliau ditahan lebih setahun lalu, dan mereka mendesak pembebasannya serta melaungkan slogan menentang Presiden Jair Bolsonaro.

Dalam satu surat dibacakan Presiden Parti Pekerja Gleisi Hoffmann, Lula, 73, menegaskan sabitan tuduhan rasuah terhadapnya tidak adil dan direka untuk menghalangnya kembali ke jawatan presiden.

“Mereka tidak pernah menunjukkan bukti kukuh pada saya. Saya banduan politik, dalam buangan di dalam negeri saya sendiri,” kata Lula dalam surat itu.

Lula berkata Menteri Keadilan Sergio Moro tidak adil dalam kesnya.

Penyokong Lula berkumpul awal pagi semalam di stesen bas, sebelum berarak ke ibu pejabat polis persekutuan yang turut menempatkan penjara Lula.

Mereka melaungkan “Bebaskan Lula”.

Penganjur berkata himpunan semalam menarik 10,000 penyertaan, tetapi polis tentera berkata jumlahnya antara 3,000 hingga 5,000.

Beberapa himpunan sama turut diadakan di bandar lain termasuk Sao Paulo dan Belo Horizonte.

Artikel Berkaitan:

Bekas presiden itu (2003-2010) disabitkan bersalah tuduhan kes rasuah dan pengubahan wang haram bagi dalam skandal Petrobras membabitkan kecurian besar-besaran wang dari syarikat minyak negara. – AFP