Putera Mahkota Dubai kongsi video Musytari dari Burj Khalifa

Musytari kelihatan lebih besar dan bercahaya di bangunan Burj Khalifa, Dubai pada Isnin. - Foto Faz3/Instagram
Musytari kelihatan lebih besar dan bercahaya di bangunan Burj Khalifa, Dubai pada Isnin. - Foto Faz3/Instagram
A
A
A

DUBAI - Putera Mahkota Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum berkongsi video yang menunjukkan planet Musytari dapat dilihat dengan jelas dekat bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa, Dubai pada Isnin.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Dubai berkongsi video tersebut menerusi Instagramnya.

Putera tersebut mencatatkan kapsyen video itu: "Burj Khalifa bertemu Raja Planet! Planet yang paling hampir dengan bumi dalam tempoh 59 tahun."

Sheikh Hamdan yang mempunyai 14.7 juta pengikut di Instagram sering berkongsi video dan gambar peristiwa cakerawala seperti gerhana matahari serta bulan mengambang di Dubai.

Pada Isnin lalu, Musytari berada paling hampir dengan bumi sejak tahun 1963.

Ia berlaku kerana bumi dan Musytari tidak mengorbit matahari dalam bulatan sempurna.

Musytari akan berada lebih 590 juta kilometer (km) dari bumi iaitu jarak yang sama pada tahun 1963.

Jarak paling jauh planet tersebut dengan bumi ialah lebih 900 juta km dari bumi. – Agensi

Artikel Berkaitan: