PKR Cabang Indera Mahkota yakin mampu tawan DUN Beserah

Chean Chung melancarkan jentera pilihan raya di DUN Beserah.
Chean Chung melancarkan jentera pilihan raya di DUN Beserah.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota yakin kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah di dalam Parlimen Indera Mahkota mampu ditawan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Komunikasi Pusat KEADILAN merangkap ADUN Semambu, Lee Chean Chung berkata, bagi mencapai kemenangan itu, semua kepimpinan parti supaya memperkemaskan jentera di peringkat akar umbi.

"Kita berharap kerja kuat daripada semua pemimpin terutamanya ketua ranting dan ketua-ketua di Pusat Daerah Mengundi (PDM) termasuk sukarelawan dapat dipertingkatkan.

"Jika kita terus berusaha keras tidak mustahil DUN Beserah dapat kita tawan selain mempertahankan kerusi sedia ada iaitu di DUN Semambu," katanya pada Selasa.

Beliau sebelum itu melancarkan jentera pilihan raya PKR DUN Beserah di Pusat Komuniti DUN Beserah di sini.

Sementara itu, Penyelaras DUN Beserah, Saifulzaman Mahmood mahu semua kepimpinan dapat bersatu padu dan memberi kerjasama baik pada PRU15.

Jelasnya, kerjasama yang sedia ada ini perlu dipertingkatkan selari dengan gerak kerja di akar umbi menjelang PRU15.

"PKR DUN Beserah kini berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi untuk merampas kerusi DUN Beserah," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: