MBSA tawar pelbagai insentif sempena ulang tahun ke-22

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan pelbagai insentif sempena sambutan ulang tahun ke-22 bandar raya itu pada Oktober.

Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam satu kenyataan memaklumkan insentif diberikan adalah dalam bentuk penggunaan fasiliti dan kemudahan MBSA secara percuma pada tarikh tertentu.

Menurut MBSA, insentif itu merupakan tanda penghargaan kepada pemegang taruh khususnya penduduk Shah Alam.

Antara insentif ditawarkan MBSA ialah tempat letak kereta percuma di Bangunan Wisma MBSA dan Hub Seksyen 19 (berhampiran Komuter Seksyen 19) pada 11 Oktober.

Kempen pengurangan kompaun RM10 dan diskaun 70 peratus sepanjang Oktober dan sewaan dewan serbaguna/ gelanggang MBSA bagi aktiviti sukan secara percuma pada 10 Oktober.

Ia termasuk promosi keahlian percuma Perpustakaan MBSA sepanjang Oktober

"Sebarang pertanyaan berhubung insentif ini boleh hubungi Bahagian Korporat & Perhubungan Awam di talian 03-5510 5133 sambungan 1723," menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: