Pelajar Politeknik KK lemas mandi di sungai Kota Belud

No Image Caption
A
A
A

KOTA BELUD - Seorang pelajar lelaki Politeknik Kota Kinabalu ditemukan lemas ketika mandi di Sungai Wariu, Kampung Nahaba, di sini semalam.

Asrul Hanna, 18, dilaporkan mandi di sungai berkenaan bersama-sama sekumpulan rakan sebelum kehilangannya disedari kira-kira 3 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata rakan mangsa kemudiannya menyelam dan menemui mangsa tidak sedarkan diri di dasar sungai itu.

"Mangsa dibawa ke daratan dan diberikan bantuan pernafasan sebelum dibawa ke Hospital Kota Belud namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata sebelum itu, mangsa yang berasal dari Kampung Bombalai, Tawau menyertai perkhemahan bersama 20 pelajar lain termasuk empat pelajar wanita di kawasan berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: