Dadah lebih RM6 juta dilupus

Kamarul Zaman menunjukkan pelbagai jenis dadah yang akan dilupuskan, selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, pada Isnin.
Kamarul Zaman menunjukkan pelbagai jenis dadah yang akan dilupuskan, selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Johor akan melupuskan dadah bernilai RM6.11 juta melibatkan kes-kes yang selesai bicara dan dijatuhkan hukuman dari 2002 hingga tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pelupusan 301.54 kilogram (kg) dan 642.37 liter pelbagai jenis dadah itu akan dilakukan di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

Antara dadah dilupuskan melibatkan heroin seberat 41.79 kg; kanabis (20.21kg); ketamin (2.49kg); metamfetamin (9.90kg); methylenedioxy methamphetamine (25.45kg) dan daun ketum (192.03kg) selain pelbagai jenis dadah (9.65kg dan 642.37 liter).

"Pada tahun lalu, JSJN Johor berjaya melupuskan 1,765kg dan 3,717 liter pelbagai jenis dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM28.91 juta," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Isnin.

Beliau berkata, bagi tempoh dari 1 Januari hingga Sabtu, JSJN Johor telah berjaya membuat tangkapan seramai 10,556 orang atas pelbagai kesalahan dadah dan 4,956 kes telah selesai bagi tempoh sama.

Sebanyak 15 bot polis akan digunakan semasa banjir bagi membantu agensi lain dalam kerja-kerja menyelamat mangsa banjir.
Sebanyak 15 bot polis akan digunakan semasa banjir bagi membantu agensi lain dalam kerja-kerja menyelamat mangsa banjir.

"Secara keseluruhan sebanyak 2.72 tan dadah berjaya dirampas dengan nilai keseluruhan RM12.26 juta.

"Polis Johor berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka. Maklumat boleh disalurkan melalui hotline JSJN 012-2087222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengenai persiapan banjir, beliau berkata, 15 bot polis dan beberapa aset serta jentera lain disediakan untuk membantu agensi lain dalam menghadapi bencana alam tersebut.

"Polis bersiap sedia hadapi banjir dan semua pihak perlu patuhi arahan diberikan pihak penguatkuasaan. Mereka dinasihatkan dapatkan maklumat daripada jabatan kaji cuaca, polis bersama agensi lain bersiap sedia untuk beri bantuan," ujar beliau.