Misi negara keempat ekonomi terbesar dicapai jika Jokowi kekal

Penyokong Presiden Jokowi menghadiri serta memberi sokongan pada Majlis Temu Akbar Relawan bersama Pekerja Migran Indonesia di Malaysia anjuran kumpulan penyokong Jokowi, Bravo-5 Malaysia di sini hari ini. -Foto Sinar Harian/ZAHID IZZANI

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan penyokong Presiden Joko Widodo (Jokowi), Bravo-5 menjangkakan Indonesia bakal mencapai misi negara keempat terbesar di dunia dalam sektor ekonomi sekiranya Jokowi memenangi jawatan Presiden Indonesia pada Pilihan Raya Umum Presiden (Pilpres) 2019.

Pemimpin tertinggi Bravo-5, Laksamana Dr Marsetio memberitahu, matlamat Indonesia ke arah misi tersebut pada 2030 dapat direalisasikan jika negara kekal berada di bawah tampuk pimpinan Jokowi.

"Sepanjang empat tahun memerintah Indonesia beliau (Jokowi) berjaya menyediakan pelbagai pembangunan dan infrastruktur untuk kesejahteraan rakyat seperti sistem jalan raya bertol, perkhidmatan kereta api dan penerbangan terus antara Indonesia dan negara luar.

"Justeru, kami percaya dengan tambahan sepenggal lagi Jokowi memegang jawatan presiden maka tidak mustahil pertumbuhan ekonomi Indonesia akan kukuh seperti negara-negara maju yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Temu Akbar Relawan bersama Pekerja Migran Indonesia di Malaysia anjuran Bravo-5 Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, para penyokong Jokowi khususnya Bravo-5 yakin 70 peratus kemenangan untuk jawatan Presiden Indonesia pada Pilpres 2019 akan menjadi milik Jokowi.

Penyokong Presiden Jokowi menghadiri serta memberi sokongan pada Majlis Temu Akbar Relawan bersama Pekerja Migran Indonesia di Malaysia anjuran kumpulan penyokong Jokowi, Bravo-5 Malaysia di sini hari ini. -Foto Sinar Harian/ZAHID IZZANI
Penyokong Presiden Jokowi menghadiri serta memberi sokongan pada Majlis Temu Akbar Relawan bersama Pekerja Migran Indonesia di Malaysia anjuran kumpulan penyokong Jokowi, Bravo-5 Malaysia di sini hari ini. -Foto Sinar Harian/ZAHID IZZANI

Sementara itu, Dewan Pengarah Tim Kampanye Nasional, Irjen Pol Sidarto Danusubroto menyifatkan Jokowi seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Artikel Berkaitan:

“Beliau bukan sahaja, memiliki sifat rendah diri malah sentiasa menyantuni rakyat dalam apa jua situasi tanpa mengira latar belakang.

“Sepanjang menjalankan tugas sebagai presiden, Jokowi sentiasa mengamalkan sikap jujur dan disiplin bagi mendapat ‘hasil’ terbaik buat rakyat dan negara,” jelasnya.

Jokowi, 57, sekali lagi bertanding mempertahankan jawatan Presiden Indonesia dalam Pilpres 2019 yang akan berlangsung pada 17 April ini.

Beliau yang bergandingan dengan calon Naib Presiden, Ma'aruf Amin seorang ulama berpengaruh di Indonesia bakal berdepan parti pembangkang yang diwakili Ketua Umum Parti Gerindra, Prabowo Subianto.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) seramai 192,838,520 rakyat Indonesia disahkan layak mengundi.

Jumlah tersebut meliputi 190.8 juta pengundi tempatan dan dua juta pula merupakan pengundi di luar negara termasuk 1.134 juta di Malaysia.

Rakyat Indonesia di Malaysia dijadualkan membuang undi pada 14 April ini melibatkan enam lokasi iaitu Kuala Lumpur; Johor Bahru; Kota Kinabalu dan Tawau (Sabah); Kuching (Sarawak) serta Pulau Pinang.

Terdahulu, pada Pilpres 2014, Jokowi yang berpasangan dengan Jusuf Kalla menang dengan jumlah undi sebanyak 53.15 peratus sekali gus menewaskan pasangan Prabowo Subianto-Hatta Rajasa yang memperoleh 46.85 peratus undian.