Beri laluan calon lebih muda jadi PM

Mohd Rafiq (empat dari kiri) bersama pengadil kejohanan Futsal Parlimen Tangga Batu di Kompleks Sukan Batu Berendam, di sini, pada Ahad
Mohd Rafiq (empat dari kiri) bersama pengadil kejohanan Futsal Parlimen Tangga Batu di Kompleks Sukan Batu Berendam, di sini, pada Ahad
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Bukanlah satu masalah dan kesalahan bagi mana-mana individu yang bercita-cita untuk mengetuai negara termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, sesiapa sahaja berhak menawarkan diri untuk memegang jawatan terpenting negara namun segalanya akan ditentukan kepada rakyat untuk membuat keputusan.

"Kita tahu tahap kesihatan Tun sering memberi cemas bukan saja penyokong parti beliau tetapi .. Walaupun berbeza parti rakyat Malaysia masih ramai yang kasih dan sayang kepada Tun. Jadi kita dapat makluman Tun banyak kali dikejarkan ke hospital untuk dapat rawatan berkaitan kesihatan beliau.

"Pandangan peribadi saya, sebagai anak muda, saya rasa tanpa menidakkan rasa hormat saya kepada Tun, saya mohon kalau boleh Dr Mahathir sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada negara, Tun beri laluan kepada calon-calon lain yang lebih muda ataupun yang memiliki tahap kesihatan lebih baik," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Futsal Parlimen Tangga Batu di Kompleks Sukan Batu Berendam, di sini, pada Ahad.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan Dr Mahathir bersedia untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga sekiranya ramai pihak terus mendesaknya mengambil tanggungjawab tersebut.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, bagaimanapun sekiranya kembali menjadi Perdana Menteri, beliau berkemungkinan tidak merancang menjawatnya sehingga tempoh lima tahun.

Mohd Rafiq yang juga bekas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka berkata, beliau yakin dan percaya banyak calon lebih muda yang lain layak melakukan yang terbaik untuk menerajui negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Artikel Berkaitan:

"Tun dah pimpin negara kita hampir 24 tahun dan saya yakin rekod Tun itu mungkin tidak boleh dipecahkan oleh mana-mana pemimpin politik dalam negara," kata beliau.