PKR hormati keputusan mahkamah bebas Zahid

Anwar (duduk tengah) bersama pimpinan PKR Perlis selepas perjumpaan Majlis Pimpinan Negeri itu di Pusat Khidmat Parlimen Kangar, Kangar pada Sabtu.
Anwar (duduk tengah) bersama pimpinan PKR Perlis selepas perjumpaan Majlis Pimpinan Negeri itu di Pusat Khidmat Parlimen Kangar, Kangar pada Sabtu.
A
A
A

KANGAR - [DIKEMAS KINI] Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat daripada 40 tuduhan menerima suapan daripada sebuah syarikat berhubung sistem Visa Luar Negara (VLN).

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pendirian parti itu yang konsisten menghormati keputusan hakim jika dakwaan dijalankan di mahkamah terhadap sesuatu kes berjalan dengan adil.

"Kita konsisten kalau proses mahkamah itu dilihat adil, maka keputusan hakim mesti dihormati.

"Ini tidak bermakna keputusan ini muktamad atau tamat kerana proses itu harus diikuti dalam semua kes-kes ini, ia ada peringkat rayuan.

"Setakat ini walaupun ada yang mempertingkaikan envelop dan sebagainya kita terpaksa akui dan hormat keputusan mahkamah," katanya pada sidang akhbar selepas perjumpaan Majlis Pimpinan Negeri PKR Perlis di Pusat Khidmat Parlimen Kangar, dekat sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan mahkamah terhadap Presiden UMNO itu yang dibuat oleh hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Bagaimanapun kata Anwar, PKR tetap mahu Peguam Negara menjalankan tugasnya sebaik mungkin.

Sementara itu, dalam program sama, Anwar turut merasmikan Pejabat PKR Cabang Kangar dan Pejabat Pakatan Harapan (PH) Perlis.

Artikel Berkaitan: