Southgate akui bertanggungjawab kekalahan England

Jaringan tunggal Raspadori (dua, kanan) bantu kemenangan Itali. - Foto EPA
Jaringan tunggal Raspadori (dua, kanan) bantu kemenangan Itali. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate menegaskan dia akan bertanggungjawab dan menerima segala kritikan apabila skuad kendaliannya itu tersingkir daripada saingan liga atasan dalam Liga Negara-Negara UEFA setelah tumpas 0-1 kepada Itali di San Siro, pada Sabtu.

Menurut Southgte, dia juga sedia menerima segala kritikan daripada penyokong skuad The Three Lions itu, susulan kekalahan berkenaan.

“Saya tahu apa perasaan penyokong ketika ini. Ia merupakan reaksi yang penuh emosi tetapi saya sangat memahaminya.

“Secara keseluruhannya, segala keputusan perlawanan yang kita terima dalam saingan kali ini sememangnya tidak memuaskan.

“Bagaimanapun ketika ini memang agak sukar untuk menuding jari kepada sesiapa, tetapi saya bersedia dan bertanggungjawab atas kegagalan ini,” katanya.

Pada Sabtu, jaringan tunggal penyerang Itali, Giacomo Raspadori pada minit ke-68, sudah cukup memadai bagi memastikan England tersingkir daripada saingan liga utama bagi Liga Negara-Negara UEFA kali ini.

Raspadori tenang menyambut hantaran rakan sepasukan, Leonardo Bonucci sebelum melepasi kawalan empat pertahanan England sebelum merembat melepasi jangkauan penjaga gol, Nick Pope.

Sementara itu, Southgate mengakui bimbang dengan kegagalan jentera serangan England menjaringkan lebih banyak gol pada saingan kali ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, situasi berkenaan nyata cukup membimbangkan menjelang saingan Piala Dunia 2022 kelak.

“Sepanjang saingan Liga Negara-Negara UEFA ini, hanya satu gol berjaya dijaringkan. Satu rekod yang cukup buruk dan membimbangkan,” katanya.