Southgate mahu England kekal mentaliti kemenangan

Southgate
Southgate
A
A
A

GARETH Southgate mahu England mengekalkan mentaliti kemenangan dan mencontohi Manchester City yang menjuarai treble dalam laluan mereka untuk layak ke kejohanan Euro 2024.

Skuad The Three Lions itu bagaikan sudah selangkah untuk mara ke Euro setelah menewaskan Itali dan Ukraine pada Mac sebelum menewaskan Malta 4-0 baru-baru ini.

Mereka ketika ini berada di kedudukan teratas Kumpulan C dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan.

"Kita baru sahaja menyaksikan City memenangi tiga trofi... kenapa? Kerana hampir setiap perlawanan yang saya lihat mereka bermain dengan mentaliti yang betul.

"Setiap pemain bersaing untuk mendapatkan tempat dan ia bagus dalam memastikan pasukan lebih berkualiti.

"Semua orang juga sudah tentu teruja dengan pemain muda. Tetapi, pemain senior mempunyai impak besar dalam cara mereka berlatih.

"Cara mereka menerima pemain muda yang datang dan cara mereka mengendalikannya di bilik persalinan, mentaliti yang mereka mula sediakan, jadi semuanya memainkan peranan," katanya.

England akan turun berdepan Macedonia Utara dalam aksi kelayakan Euro seterusnya pada Selasa ini.