Pelajar Jayyid perlu dibantu kerajaan

Kamarudin
Kamarudin
A
A
A

MELAKA - Dasar baharu, kerajaan negeri ini hanya memberi tumpuan kepada pelajar yang memperolehi pangkat Mumtaz dan Jayyid Jiddan sahaja dalam keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) mengundang kritikan pemimpin Pas.

Pesuruhjaya Pas negeri, Kamaruddin Sidek berkata, Pas Melaka kecewa dengan dasar yang dibuat menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) berhubung isu dermasiswa kepada pelajar-pelajar ke Timur Tengah itu.

Menurutnya, polisi baharu itu tidak membantu pelajar pangkat Jayyid biarkan mereka dari kalangan anak jati Melaka dan turut diterima masuk ke Universiti Al-Azhar di Mesir.

"Rata-rata ibu bapa memaklumkan mereka berasa kecewa dengan polisi tersebut sedangkan kerajaan negeri sepatutnya lebih terbuka dan serius dalam menjaga kebajikan pelajar ke luar negara.

"Mereka pun perlu hidup selesa untuk mengejar kejayaan. Secara tidak langsung dapat mengurangkan bebanan kepada ibu bapa untuk melihat kejayaan anak-anak," katanya.

Jelasnya lagi, pelajar-pelajar tajaan dan persendirian juga tidak diberikan apa-apa peruntukan semasa mereka mengikuti kuliah di markaz bahasa selama setahun sebelum mereka naik ke tahun satu fakulti masing-masing.

"Sebagai seorang yang pernah menuntut di Universiti Al-Azhar saya faham situasi dan kos sara hidup di sana lebih-lebih lagi selepas kejatuhan nilai ringgit.

"Justeru, saya mengharapkan kerajaan negeri serta pihak TAPEM dapat pertimbangkan demi kebaikan bersama," katanya.

Artikel Berkaitan: