Pemandu lori maut, tujuh anggota polis parah

Seorang pemandu lori maut, manakala tujuh anggota polis cedera parah selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 225 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara petang Khamis. - Foto PDRM
Seorang pemandu lori maut, manakala tujuh anggota polis cedera parah selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 225 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara petang Khamis. - Foto PDRM
A
A
A

REMBAU - Seorang pemandu lori maut, manakala tujuh anggota polis cedera parah selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 225 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kejadian pada jam 3.40 petang itu melibatkan van pasukan polis yang dinaiki tujuh anggota Johor Baharu Utara, sebuah lori dan dua kereta.

"Kemalangan mengakibatkan seorang lelaki iaitu pemandu lori maut di lokasi dan tujuh anggota polis mengalami cedera parah.

"Semua mangsa dalam proses dibawa ke hospital berdekatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Artikel Berkaitan: