OnePlus lanjut polisi jaminan eksklusif hingga 31 Disember

OnePlus melanjutkan polisi jaminan eksklusifnya hingga 31 Disember 2022.
OnePlus melanjutkan polisi jaminan eksklusifnya hingga 31 Disember 2022.
A
A
A

ONEPLUS melanjutkan polisi jaminan eksklusifnya yang sedang berlangsung kini sehingga 31 Disember depan sekali gus memberikan manfaat kepada pengguna jenama itu.

OnePlus dalam satu kenyataan berkata, sebelum ini polisi itu hanya dibolehkan untuk penggunanya antara 15 Julai hingga 15 September tahun ini dan memberikan kelebihan kepada model tertentu sahaja kini ia diperluaskan kepada pengguna sedia ada.

“Ia menunjukkan komitmen OnePlus kepada pasaran tempatan. Kini, pengguna OnePlus sedia ada dan baharu boleh melawat pusat perkhidmatan rasminya untuk membaiki telefon pintar mereka.

“Sebagai alternatif, mereka juga boleh memanfaatkan perkhidmatan pembaikan 'mail-in' daripada stor OnePlus yang mengambil bahagian, di mana telefon pintar mereka akan dihantar ke pusat perkhidmatan secara percuma.

"Pengguna juga boleh memilih perkhidmatan pembaikan 'mail-in' sendiri dengan menghantar telefon pintar mereka ke 1Powerhouse OnePlus Authorised SIR Centre dengan bayaran penghantaran ditanggung oleh pengguna dan yuran kurier pemulangan ditanggung oleh SIR Centre,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sehingga kini, hampir 200 pengguna OnePlus telah mendapat manfaat daripada polisi berkenaan dan menikmati perkhidmatan selepas jualan yang premium untuk peranti mereka.

Lokasi pusat perkhidmatan OnePlus ialah di Kota Bharu OnePlus Service Centre yang terletak di Kota Bharu, Kelantan dan Penang Perai OnePlus Service Centre yang terletak di Pulau Pinang.

Untuk lokasi pembaikan dan pos sendiri ialah di 1Power House OnePlus SIR Centre yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Artikel Berkaitan:

Pengguna OnePlus juga boleh menghubungi 1800819733 bermula jam 9 pagi hingga 6 petang Isnin hingga Jumaat dan emel kepada support@oneplus.my.com.