Khairul Anuar digugur daripada program podium

Khairul Anuar.
Khairul Anuar.
A
A
A
ATLET memanah recurve negara yang juga merupakan olimpian negara, Khairul Anuar Mohamad digugurkan daripada program podium.

Perkembangan itu dikongsikan sendiri oleh Khairul Anuar yang melahirkan rasa kecewanya di akaun media sosial selepas mendapat surat mengenai penamatan kontraknya pada 22 Ogos lalu.

Dalam perkongsian tersebut, dia turut berpesan kepada atlet lain dalam sukan berkenaan bahawa tidak ada siapa yang akan mengambil peduli jika berlakunya masalah membabitkan mereka.

“Terima kasih juga dan semoga mendapat cari bakat seperti diinginkan. Pesanan buat atlet sukan memanah di Malaysia, kita sukan tak ‘famous’ (kurang popular) bila hal macam ini tidak ada orang ambil peduli.

“Menang sahaja kena angkat, nombor dua atau tiga buang sahaja kena cari bakat baru. Kontrak ditamatkan serta- merta tanpa notis awal.



“Kontrak ditamatkan 30 Jun, 1 Julai baru dimaklumkan kontrak ditamatkan. 22 Ogos baru keluarkan surat penamatan kontrak. Semoga berjaya cari bakat baru Paris 2024,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Pada Julai lalu Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), mengeluarkan kenyataan bahawa tiada jaminan tempat buat pemanah senior negara, Khairul Anuar untuk diserapkan ke dalam Program Podium kendalian Majlis Sukan Negara (MSN).

Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Datuk Abdul Hamid Hasan berkata, olimpian negara itu perlu bersaing dengan barisan atlet lain bagi selain perlu melalui proses pemilihan yang dikendalikan badan induk itu sehingga hujung tahun ini.

Untuk rekod, Khairul Anuar yang sudah beraksi di tiga edisi Sukan Olimpik bermula London 2012, gagal menyerlah pada Sukan Sea Hanoi, Mei lalu apabila sekadar membawa pulang dua gangsa masing-masing dalam acara individu recurve dan berpasukan campuran bergandingan bersama Syaqiera Mashayikh.