Batu kristal ditemui di Ulu Cheka

Tiga penuntut UMK menunjukkan batu kristal yang ditemui di Hutan Simpan Jerantut (Tambahan) Ulu Cheka.
Tiga penuntut UMK menunjukkan batu kristal yang ditemui di Hutan Simpan Jerantut (Tambahan) Ulu Cheka.
A
A
A

JERANTUT - Batu kristal kuarza tanpa warna bersaiz empat hingga empat perpuluhan lima sentimeter dengan berat 150 gram ditemui di Hutan Simpan Jerantut (Tambahan) Ulu Cheka.

Bahan galian berkenaan ditemui empat penyelidik daripada Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menyertai Ekspedisi Kepelbagaian Biologi Hutan di Hutan Simpan Jerantut (Tambahan) Ulu Cheka selama lima hari berakhir pada Rabu.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Elvaene James mengakui tidak menyangka menemui batu kristal dalam kawasan hutan tadahan air itu bersama tiga penuntutnya, Shuhada Farhana Roslan, Nur Ain Wahidah Mohammad Razali dan Muhammad Aiman Fikri Mohd Sena.

"Saya tidak menolak kemungkinan bahawa kawasan Hutan Simpan Jerantut (Tambahan) Ulu Cheka ini terhadap banyak batu kristal yang mampu memberi sumber pendapatan sampingan kepada penduduk setempat.

"Kalau kita lihat saiz batu di sini lebih besar berbanding batu kristal yang ditemui kawasan Lojing, Kelantan," katanya.

Sebahagian penyelidik yang menyertai Ekspedisi Kepelbagaian Biologi Hutan di Hutan Simpan Jerantut (Tambahan) Ulu Cheka selama lima hari berakhir pada Rabu.
Sebahagian penyelidik yang menyertai Ekspedisi Kepelbagaian Biologi Hutan di Hutan Simpan Jerantut (Tambahan) Ulu Cheka selama lima hari berakhir pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Ekspedisi Kepelbagaian Biologi Hutan di Hutan Simpan Jerantut (Tambahan) Ulu Cheka disempurnakan Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Rosilan Said di sini pada Rabu.

Seramai 30 penyelidik mengikuti Ekspedisi Kepelbagaian Biologi Hutan di Hutan Simpan Jerantut (Tambahan) Ulu Cheka anjuran JPNP dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).

Artikel Berkaitan:

Mereka terdiri daripada pensyarah dan penuntut universiti termasuk pegawai agensi kerajaan yang melakukan kajian dalam bidang tumbuhan, haiwan, kualiti air, flora, mamalia, sektor pelancongan, geologi dan serangga.

Beliau menjelaskan, penemuan batu kristal itu di kawasan yang terdapat laluan air dan banyak batu besar.

"Penduduk mendakwa tempat itu sebelum ini berlaku kejadian kepala air. Untuk sampai ke situ mengambil masa kira-kira sejam berjalan kaki," cerita beliau.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JPNP, Datuk Samsu Anuar Nawi berkata, ekspedisi diadakan bagi mengkaji dan menilai kawasan hutan berkenaan.

Jelasnya, kajian tersebut MN dibukukan seterusnya menjadi rujukan kepada kerajaan Pahang untuk tindakan pada masa akan datang.

"Dijangka beberapa penemuan baharu hasil ekspedisi kali ini dapat ditemui terutama membabitkan tumbuhan Rafflesia dan batu-batan," kata beliau.