Lelaki monopoli penagihan di Kelantan

Zulkifli (tengah) bersama Hasanuddin (kanan) dan Rozi (kiri) semasa Sesi Dialog Ketua Pengarah AADK Malaysia Bersama Pemimpin Komuniti dekat Tendong.
Zulkifli (tengah) bersama Hasanuddin (kanan) dan Rozi (kiri) semasa Sesi Dialog Ketua Pengarah AADK Malaysia Bersama Pemimpin Komuniti dekat Tendong.
A
A
A

PASIR MAS - Golongan lelaki dikesan mendominasi penyalahgunaan dadah di negeri ini apabila 12,477 daripada jumlah keseluruhan 12,703 yang menjadi 'hamba' kepada bahan terlarang itu.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, jumlah tersebut membabitkan tempoh lima tahun bermula 2014 hingga 2018.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 226 orang wanita turut dikesan menjadi hamba kepada dadah sepanjang tempoh yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Dialog Ketua Pengarah AADK Malaysia Bersama Pemimpin Komuniti dekat Tendong, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Hasanuddin Hassan, ADUN Tendong, Rozi Muhamad dan Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad serta pemimpin komuniti.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga sebanyak 10,362 kes baharu berkait penyalahgunaan dadah telah direkodkan manakala 2,341 adalah kes berulang.

Katanya, Kota Bharu merupakan penyumbang tertinggi 'hamba dadah' membabitkan 2,823 orang.

"Pasir Mas mendududuki tempat kedua (1,687), Tumpat (1,494), Bachok (1,425), Machang (1,062) dan Tanah Merah (1,029).

Artikel Berkaitan:

"Gua Musang (931), Kuala Krai (791) dan Jeli (384)," katanya.

Sebahagian daripada mereka yang hadir menjayakan Sesi Dialog Ketua Pengarah AADK Malaysia Bersama Pemimpin Komuniti.
Sebahagian daripada mereka yang hadir menjayakan Sesi Dialog Ketua Pengarah AADK Malaysia Bersama Pemimpin Komuniti.

Zulkifli berkata, dadah sintetik dari jenis pil kuda dan syabu menjadi pilihan utama para penagih di negeri ini untuk melampias ketagihan mereka.

Katanya, sebanyak 90.1 peratus penggunaan pil kuda dan syabu oleh para penagih telah direkodkan sepanjang tempoh lima tahun bermula 2014 hingga 2018 lalu.

"Tangga kedua diduduki oleh dadah jenis opiat iaitu heroin sebanyak 46 peratus," katanya.

Menurutnya, dadah jenis ekstasi dan amphetamine berada di kedudukan ketiga iaitu sebanyak 45 peratus seterusnya ganja (0.7 peratus), psikotropik (0.1 peratus iaitu eramin 5, benzodiazepine dan psikotropik) dan lain-lain (0.1 peratus).