Rumah dua tingkat musnah terbakar

Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Haji Sulaiman Batu 38 pada Isnin.
Rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Haji Sulaiman Batu 38 pada Isnin.
A
A
A

SABAK BERNAM - Sebuah rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Haji Sulaiman Batu 38 di sini pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.54 petang.

Menurut beliau, seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam dan Sungai Besar dikejarkan ke tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan rumah dua tingkat berkeluasan 30x35 kaki persegi kelas B musnah 80 peratus.

"Kebakaran tidak membabitkan sebarang kecederaan dan api berjaya dikawal pada jam 9.02 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa

Artikel Berkaitan: