[VIDEO] 'UMNO berhenti tipu rakyat' - Syed Saddiq

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta UMNO supaya berhenti daripada menipu rakyat berhubung pendirian parti itu dalam penetapan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ia selepas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin pada Isnin dilaporkan berkata, kenyataan terbaharu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan kesediaan menghadapi PRU15 ketika banjir adalah sebagai ‘metafora’ bagi menggambarkan tahap kesediaan parti itu.

“Presiden UMNO sendiri yang kata BN sanggup redah banjir dan hujan lebat jika PRU diadakan pada tahun ini. Sekarang dah hujung September.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pun dah ramal banjir besar penghujung November (ini). Jadi apa yang metafora?”soal Syed Saddiq menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Dalam laporan sama, Mohd Sharkar berkata, UMNO sebagai parti lama di dalam negara sudah pasti memikirkan soal kebajikan rakyat dan menegaskan bahawa partinya bukan tidak berakal sehingga perlu mengadakan PRU dalam keadaan meredah banjir.

Beliau turut berkata, tujuan UMNO mendesak agar PRU diadakan lebih awal adalah agar mandat dapat dikembalikan kepada rakyat bagi memilih kerajaan.

Sementara itu, Syed Saddiq turut mengingatkan UMNO agar tidak situasi banjir besar yang melanda negara pada tahun lepas.

“Kita tengok apa jadi tahun lepas. Lebih 50 Rakyat Malaysia kehilangan nyawa, 500,000 terkandas atau terjejas. Kerugian RM6.5 billion dicatat dalam masa 10 hari sahaja Jangan kita lupa, masa PRU, fokus mereka akan kepada mencari undi.

Artikel Berkaitan:

“Macam mana nak fokus tolong Rakyat yang akan terjejas dengan banjir? Tahun lepas sahaja pun kita nampak sendiri, menteri sibuk berhimpun, potong kek dan tengok persembahan bunga api, pada masa sama Rakyat tengah tenggelam dalam banjir.

“Dah terserlah tak kisah nasib Rakyat, nak tipu dan nafikan lagi? Stop lying to the people (berhenti menipu rakyat).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.