SPRM tahan penolong pegawai jabatan salah guna kedudukan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A


KOTA KINABALU - Seorang penolong pegawai di sebuah jabatan kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap kes salah guna kedudukan dalam perkhidmatan pembekalan makanan.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi di Pejabat SPRM Kota Kinabalu selepas selesai memberi keterangan kes terbabit.

Menurut sumber, suspek dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi melantik syarikat milik saudaranya dalam perkhidmatan pembekalan makanan bagi program di jabatannya sekitar Mac hingga Oktober 2019 melibatkan nilai hampir RM43,000.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.
Artikel Berkaitan:


"Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu dalam tempoh terdekat," katanya.

Dalam kes berasingan, SPRM Sabah mengesahkan akan membuat pertuduhan terhadap seorang pegawai dari badan berkanuan Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada Selasa.

Pertuduhan dijangka dijalankan pada jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu di bawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 berkaitan dengan kesalahan meminta wang rasuah.