30 Orang Asli selesai proses tukar status agama

Kaunter pendaftaran dibuka bagi memudahkan status agama dalam kad pengenalan Orang Asli dapat ditukar sempena program ziarah dakwah saudara baharu masyarakat Orang Asli dan pemutihan pendaftaran saudara baharu Asli di Pos Senderut Lipis.
Kaunter pendaftaran dibuka bagi memudahkan status agama dalam kad pengenalan Orang Asli dapat ditukar sempena program ziarah dakwah saudara baharu masyarakat Orang Asli dan pemutihan pendaftaran saudara baharu Asli di Pos Senderut Lipis.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 30 Orang Asli di Pos Senderut Lipis berjaya membuat pindaan status agama dalam kad pengenalan mereka.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, isu status itu berjaya diselesaikan melalui kerjasama pasukan Mobile Ehsan Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Pahang.

"Kami memahami kepayahan masyarakat Orang Asli yang sudah memeluk Islam. Bagaimanapun ia mengambil masa untuk meminda status agama di dalam kad pengenalan kerana mereka menetap di pedalaman.

"Jadi, pihak Muip dan JPN Pahang membantu memudahkan urusan mereka dan penyelesaian isu status ini akan memudahkan mereka mendapatkan bantuan termasuk memohon sebagai guru agama bagi mewakili kawasan masing-masing," katanya ketika dihubungi, pada Isnin.

Sesi penukaran status itu diadakan selama tiga hari sempena Program ziarah dakwah dan pemutihan pendaftaran saudara baharu masyarakat Orang Asli di Pos Senderut Lipis.

Program tersebut diadakan dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antara Bangsa (Kuis), Sekolah Kebangsaan Senderut serta agensi-agensi Pahang.

Beliau berkata, pejabat Agama Islam Daerah lipis turut membuka kaunter berkaitan urusan perkahwinan saudara baharu yang belum berdaftar dan pendaftaran pengislaman.

Ditanya mengenai berapa bilangan guru agama daripada golongan Orang Asli, Asmadi memaklumkan, setakat ini 75 guru agama dilantik oleh Muip dengan

Artikel Berkaitan:

elaun mereka dibayar sepenuhnya oleh Muip