Isteri kolumnis Sinar Harian meninggal dunia

Mendiang Devaki N. Karumban meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke salah sebuah hospital swasta di Kajang.
Mendiang Devaki N. Karumban meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke salah sebuah hospital swasta di Kajang.
A
A
A

SHAH ALAM - Isteri kepada kolumnis Sinar Harian, Dr G Manimaran meninggal dunia kira-kira jam 6 petang pada Sabtu.

Mendiang Devaki N. Karumban, 54, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke salah sebuah hospital swasta di Kajang.

Menurut Manimaran yang juga seorang pengamal media, mendiang isterinya dijadual menjalani pembedahan minggu depan kerana mengalami masalah di dalam perut sejak dua minggu lalu.

Bagaimanapun katanya, keadaan mendiang isterinya yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Long, Kajang tenat sebelum disahkan meninggal dunia.

Katanya, punca kematian isterinya masih belum diketahui dan keluarga masih menunggu keputusan hasil bedah siasat pihak hospital.

Saya ucapkan terima kasih atas bantuan kecemasan dan keperluan lain yang dihulurkan oleh jiran-jiran pelbagai kaum semasa isteri saya tenat, termasuk sehingga membantu dalam urusan menghantar dia ke hospital.

"Juga bantuan seorang penghantar makanan Grab bermotosikal yang membolehkan pemanduan saya ke hospital lancar. Saya sunggu terharu, saya pun tidak kenal dia,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Manimaran yang juga ahli pasukan teras Rasuah Busters turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang membantunya ketika berdepan saat sukar ketika ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya amat hargai sokongan mereka kepada saya dan keluarga saya.

"Terima kasih juga atas ucapan takziah yang disampaikan oleh rakan-rakan dan kenalan,” katanya.