Bangunan pencakar langit terbakar di China

Kebakaran di Menara Komunikasi No.2 itu berjaya dikawal kira-kira dua jam kemudian. - Foto Agensi
Kebakaran di Menara Komunikasi No.2 itu berjaya dikawal kira-kira dua jam kemudian. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Sebuah bangunan pencakar langit setinggi 42 tingkat di wilayah Hunan, China hangus dalam kebakaran pada Jumaat.

"Api marak dengan cepat di struktur setinggi 218 meter yang menempatkan pejabat firma telekomunikasi, China Telecom dan turut menyebabkan kepulan asap tebal memenuhi ruang udara sejauh beberapa ratus meter.

"Kira-kira 280 anggota bomba telah dikerah ke lokasi kejadian di bandar Changsha untuk mengawal kebakaran itu. Tiada kematian atau kecederaan diterima setakat ini," lapor CCTV.

Sementara itu, China Telecom dalam satu kenyataan mengesahkan kebakaran di Menara Komunikasi No.2 itu berjaya dikawal kira-kira dua jam kemudian.

Rakaman video dikongsi di media sosial turut menunjukkan orang ramai lari bertempiaran ketika api mula merebak di bangunan berkenaan. - Agensi