Angka kematian global menurun, 'Perang Covid-19' hampir berakhir: WHO

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setelah 32 bulan dunia bergelut dengan pandemik Covid-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) optimis usaha memerangi penyakit koronavirus ini hampir sampai ke penghujung.

"Angka kematian mingguan akibat Covid-19 adalah paling rendah sejak Mac 2020. Kita belum pernah berada dalam keadaan sebaik ini untuk menamatkan pandemik ini. Meskipun kita belum sampai ke titik akhir namun kita sudah boleh nampak penghujungnya.

"Kita dalam kedudukan untuk menang dan perlu meneruskan larian untuk sampai ke garisan penamat. Jika kita leka, kita berdepan risiko lebih banyak varian, lebih banyak kematian. Usaha keras selama 32 bulan ini perlu diteruskan, " kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang media secara maya dari Geneva, Switzerland pada Rabu (14 September) lepas.

Angka terkini kematian global akibat Covid-19 yang berpunca daripada virus SARS-CoV-2, sebanyak 6,529,144.

Sementara itu, angka kes harian baharu Malaysia kekal bertahan di bawah 2,500 sejak penghujung Ogos dengan catatan semalam (16 September) 1,977 kes termasuk dua (2) kes import.

Setakat ini untuk bulan September, kes terendah dilaporkan pada 11 haribulan sebanyak 1,483 kes dan untuk bulan sebelumnya (Ogos), sebanyak 1,946 pada 29 Ogos.

Menurut data CovidNow Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11:59mlm 16 Sept 2022, enam (6) buah negeri mencatat kes tiga angka iaitu Selangor (492), WP Kuala Lumpur (405), Sabah (187), Perak (175), Sarawak (115) dan Pulau Pinang (100).

Kes dua angka diaporkan di Negeri Sembilan (84), Melaka (83), Kelantan (76), Johor (61), Kedah (57), Pahang (47), Terengganu (40), WP Putrajaya (36) dan Perlis (17).

Artikel Berkaitan:

Kes satu angka di WP Labuan (2).

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 10 Sept hingga 16 Sept 2022:-

10 September (1,971), 11 September (1,483), 12 September (1,847), 13 September (1,942), 14 September (2,431), 15 September (2,375) dan 16 September (1,977).

Kes harian baharu Covid-19 untuk minggu sebelumnya (3 Sept- 9 Sept) adalah seperti berikut:-

3 September(2,244), 4 September (1,904), 5 September (1,486), 6 September (2,067), 7 September (2,428), 8 September (2,226) dan 9 September (1,990).

Negara jiran Singapura turut melaporkan kes harian COVID-19 yang rendah, seperti berikut:-

10 September (1,824), 11 September (1,440), 12 September (1,453), 13 September (3,352), 14 September (2,426), 15 September (2,423) dan 16 September (2,309).

Untuk tempoh Rangkuman ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan hanya empat (4) kluster baharu iaitu satu (1) pada 10 September - Kluster Sejahtera Kaki Bukit (kumpulan berisiko tinggi), Kangar, Perlis (8 kes); dua (2) kluster tempat kerja pada 13 September - Kluster Persiaran Bukit Kiara 3 di Kepong, WP Kuala Lumpur (11 kes) dan Kluster Jalan Mahawangsa, Kinta, Perak (8 kes) dan satu (1) kluster kumpulan berisiko tinggi pada 16 September - Kluster Jalan Guar Nangka, Kangar, Perlis (9 kes).

Secara keseluruhannya, KKM mengesan 7,076 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 16 September, 20 kluster masih aktif.

Sebanyak 2,018 kes sembuh Covid-19 dilaporkan, menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 4,752,216.

Data CovidNow KKM setakat pukul 11:59mlm 16 Sept 2022 menunjukkan 25,915 kes (95.4 peratus) daripada 27,158 kes aktif, dikuarantin di rumah.

Sebanyak 5 kes (0.0 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 1,178 kes (4.3 peratus) di hospital; 19 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 41 kes (0.2 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan Covid-19, iaitu

Dengan sebanyak 4,815,679 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Greece (4,838,811) dan Austria (4,955,082).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun masih mencatat kes harian baharu tertinggi (88,379) diikuti Rusia (59,035) dan Korea Selatan (51,832).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat Covid-19 tertinggi dengan 1,078,457 kes.

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 616,537,103 berbanding 613,032,161 kes pada minggu lepas dengan 6,529,144 kematian (jumlah kematian minggu lalu sebanyak 6,514,558). Sebanyak 595,820,804 kes sembuh dilaporkan berbanding 591,164,372 kes pada minggu lepas.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye. - Bernama