PRU15: Awan enggan diberi kerusi sekadar cukup syarat

Aiman Athirah
Aiman Athirah
A
A
A

SEREMBAN - Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) tidak mahu sekadar diberi kerusi sebagai cukup syarat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15(PRU15).

Sebaliknya ketuanya, Aiman Athirah Sabu mengharapkan kerusi itu lebih strategik dan berpotensi untuk menang.

"Kita tidak mahu membebankan wanita kita dengan satu tindakan yang hanya untuk mengisi kekosongan. Kita nak ia ada kesan dan kualiti.

"Kita mahu ditempatkan di kerusi yang strategik. Kalaulah bukan kerusi yang boleh menang, tapi ada potensi untuk menang," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Konvensyen Awan 2022 pada Jumaat.

Menurutnya, Awan mempunyai ramai calon berkelayakan yang bagus serta berkualiti dan mereka seharusnya diberi peluang.

Beliau yang merupakan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) berkata, PH telah membuktikan bahawa gabungan itu memartabatkan golongan wanita apabila melantik ramai Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam kalangan wanita ketika mentadbir kerajaan selepas PRU14.

"Hasil perbincangan saya dengan Timbalan Presiden Amanah dan pemimpin parti, Amanah tiada masalah untuk meletakkan calon wanita lebih ramai.

"Tapi kita perlu pertimbangkan konstitusi strategik. Kita tidak mahu hanya sekadar mahu meletakkan calon wanita," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: