[VIDEO] Lelaki ditahan disyaki cabul anak saudara enam tahun

PDRM
PDRM
A
A
A

TANAH MERAH - Polis menahan seorang lelaki disyaki mencabul anak saudara perempuannya berusia enam tahun dalam kejadian di Kampung Bukit Kuin, Bendang Nyior di sini pada Isnin.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku semasa mangsa sedang tidur apabila suspek yang berusia 34 tahun telah bertindak memasukkan jari ke dalam kemaluan kanak-kanak berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintanden Mohd Razi Rosli berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada seorang wanita yang mendakwa anak saudara perempuannya telah dicabul.

Menurutnya, mangsa merupakan anak tunggal dan tinggal bersama nenek yang merupakan ibu kepada bapa mangsa selepas kedua ibu bapanya bercerai.

"Berdasarkan keterangan, mangsa memberitahu pada Isnin semasa sedang tidur, suspek telah bertindak memasukkan jari ke dalam kemaluannya.

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut dan pada jam 11.45 malam pada hari Selasa, suspek telah berjaya ditangkap," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman sehingga 20 September bagi membantu siasatan.

Menurutnya, berdasarkan semakan rekod, suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan hasil ujian saringan awal air kencing juga negatif.

Artikel Berkaitan:

Mohd Razi berkata, kes terbabit masih lagi dalam siasatan.

@sinarharianonline Harapkan pagar, pagar makan padi! #fyp#BuletinTikTok#BeritaDiTikTok #Cabul #AnakSaudara#BawahUmur#AnakTunggal#TanahMerah original sound Sinar Harian