Teknologi terbaik untuk bekalkan air bersih

A
A
A

No Image Caption



Tahukah anda, sumber air mentah Air Selangor datangnya daripada sumber air utama seperti sungai dan juga empangan?

Air Selangor merupakan syarikat yang merawat air mentah menjadi air terawat yang bersih dan selamat dan membekalkannya kepada 8.4 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sumber air mentah ini pula dipantau dan dikawal selia oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). LUAS merupakan badan berkanun kerajaan negeri Selangor yang mengurus sumber air mentah merangkumi air permukaan seperti sungai, kolam, air bumi dan perairan pantai tiga batu nautika dari darat ke laut.

No Image Caption

Air mentah yang diabstrak akan diproses di 34 loji rawatan Air Selangor sebelum disalurkan kepada 8.4 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk memenuhi keperluan harian mereka.

Tiada kompromi isu kualiti air terawat

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



Bagi memastikan bekalan air terawat yang bersih dan selamat, Air Selangor telah memanfaatkan teknologi dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memenuhi piawaian kualiti air yang telah ditetapkan.

Penggunaan teknologi seperti Hybrid Distribution Water Quality Real-Time Analyser (HYDRA) and Off-Plant Autonomous Chlorine Injection System (OACIS) membantu memastikan kualiti air terbaik dan selamat digunakan oleh para pengguna.

No Image Caption

HYDRA adalah sebuah sistem pengawasan kualiti air yang digunakan oleh Air Selangor secara dalam talian dengan menggunakan instrumentasi berteknologi tinggi.

Manakala OACIS pula merupakan sistem pengedosan klorin sekunder automatik yang digunakan untuk menangani isu ketidakpatuhan Baki Klorin Bebas (FRC) dalam sistem pengagihan.

No Image Caption

Pada tahun 2021, Air Selangor mencapai 99.8 peratus pematuhan Standard Kualiti Air Minuman yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi setiap titis air yang keluar daripada paip pengguna adalah bersih dan selamat untuk diminum.

Komitmen dalam mengekalkan bekalan air terawat bersih dan selamat kepada pengguna

Industri perkhidmatan bekalan air negara dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan Air Selangor sentiasa bekerjasama rapat dengan SPAN untuk memastikan aspek kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan disusun atur secara teliti bagi meminimumkan masalah gangguan bekalan air.

Melalui usaha menambahbaik dan penyenggaraan aset yang berterusan, Air Selangor telah berjaya mengurangkan indeks paip pecah kepada 6.37 kes bagi setiap 100km paip dalam tahun 2021, berbanding 8.87 kes paip pecah bagi setiap 100km paip pada tahun 2020. Angka ini adalah rendah berbanding penanda aras antarabangsa iaitu 13 kes paip pecah bagi setiap 100km.

No Image Caption

Di samping itu juga, Air Selangor juga telah melengkapkan 102 peratus rancangan penyenggaraan pencegahan ke atas semua aset dan menyempurnakan kerja-kerja penggantian paip air di 154 lokasi.

Menyediakan pengalaman terbaik kepada pengguna

Air Selangor bukan sahaja memberikan jaminan bekalan air terawat yang bersih dan selamat kepada pengguna, namun syarikat itu turut menyediakan pengalaman terbaik kepada pelanggan melalui pusat panggilan, aplikasi mudah alih dan juga Pusat Bantuan.

Antara yang menarik adalah pengenalan perkhidmatan pengebilan secara elektronik atau e-Bil. Perkhidmatan e-Bil adalah kaedah penerimaan bil akaun air secara dalam talian menerusi WhatsApp dan emel bagi membolehkan pelanggan Air Selangor menikmati kemudahan mengakses dan membayar bil mereka di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

No Image Caption

Memacu industri perkhidmatan air negara bagi kelestarian air

Semenjak diberi mandat sebagai penyedia perkhidmatan air tunggal bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tiga tahun yang lalu, Air Selangor tidak putus mengorak langkah ke hadapan dalam visi menjadi penyedia perkhidmatan air terunggul di Asia menjelang 2030.

Sebuah ekosistem yang sistematik dan padu untuk industri perkhidmatan air secara keseluruhannya bukan sahaja telah diwujudkan, malah membolehkan pihak berkepentingan dalam ekosistem ini untuk bekerjasama dan bersepakat untuk memacu industri ini ke hadapan.

Di ulang tahunnya yang ketiga yang disambut pada setiap 13 September, Air Selangor telah merekodkan pelbagai pencapaian sehingga penghujung tahun 2021 seperti peningkatan rizab margin air daripada 3% kepada lebih 13%, penggantian jajaran paip sepanjang 556 km, menaik taraf sebanyak 53 kolam takungan air dan rumah pam, dan juga penurunan kadar air tidak terhasil kepada 28% berbanding 32% pada tahun 2016.

Berdasarkan peranan dan tanggungjawabnya, Air Selangor kekal komited dalam usaha untuk menyediakan bekalan air terawat yang bersih dan selamat kepada kesemua 8.4 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.