JPJ serbu syarikat pengendali e-hailing, sita peralatan

JPJ serbu sebuah syarikat EHO yang disyaki telah beroperasi dengan lesen perniagaan pengantara yang telah tamat tempoh di Bukit Bintang pada 7 September lalu.
JPJ serbu sebuah syarikat EHO yang disyaki telah beroperasi dengan lesen perniagaan pengantara yang telah tamat tempoh di Bukit Bintang pada 7 September lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyerbu sebuah syarikat pengendali e-hailing (EHO) yang disyaki beroperasi dengan Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) tamat tempoh di Bukit Bintang pada 7 September lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, serbuan menerusi Ops e-Hailing itu dibuat berdasarkan maklumat diperolehi daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia.

"JPJ telah menyita beberapa peralatan komputer dan barangan pengiklanan operasi syarikat itu untuk siasatan lanjut seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 222, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Zailani berkata, tindakan penguatkuasaan JPJ juga adalah selaras dengan Seksyen 12A akta yang sama.

"JPJ akan terus memantau perkhidmatan EHO yang dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan mana-mana syarikat yang mengendalikan perniagaan pengantara tanpa lesen dan kenderaan perkhidmatan e-hailing yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang," tegasnya.

Zailani berkata, JPJ menasihatkan kepada mana-mana syarikat yang hendak menjalankan perniagaan pengantara dan pemandu kenderaan e-hailing supaya berdaftar serta dilesenkan di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

"Selain daripada itu, orang awam yang menjadi penumpang perkhidmatan kenderaan e-Hailing juga dinasihatkan untuk memastikan aplikasi tersebut adalah berdaftar serta dilesenkan supaya penumpang mendapat jaminan perlindungan insurans semasa menggunakan perkhidmatan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: