Apple mungkin kerugian berbilion dolar

Google mungkin diarahkan oleh Jabatan Keadilan AS supaya menghentikan bayaran kepada Apple kerana amalan anti-persaingan - Foto AFP
Google mungkin diarahkan oleh Jabatan Keadilan AS supaya menghentikan bayaran kepada Apple kerana amalan anti-persaingan - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Apple akan kerugian sehingga AS$15 bilion (RM67.55 bilion) setahun jika Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) memaksa Google berhenti daripada membayar syarikat itu untuk menjadi enjin carian internet pada semua iPhone keluarannya.

Ini kerana pihak pengawal selia peraturan di AS mempersoalkan kesahihan perjanjian lama antara syarikat itu dengan Google.

Penganalisis dari Bernstein menganggarkan bahawa pembayaran Google kepada Apple akan meningkat kepada AS$15 bilion (RM67.55 bilion) pada tahun 2021 dan setinggi AS$18-AS$20 bilion (RM81.06 bilion- RM90.07 bilion) pada tahun ini, lapor laman berita 9to5Mac baru-baru ini.

Pada tahun lepas, jumlah keuntungan kasar Apple melebihi AS$152 bilion (RM684.53 bilion).

Perjanjian antara dua raksasa teknologi yang bermula pada awal tahun 2000-an itu berada di bawah ancaman.

Ia disebabkan pihak pengawal selia peraturan di AS menuduh Google melakukan amalan anti-persaingan untuk mengekalkan penguasaannya dalam perniagaan enjin carian internet. -Agensi

Artikel Berkaitan: