RM3 juta tambah aset hadapi banjir

Persembahan kebombaan pada Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Bencana Peringkat Negeri Melaka di Pantai Puteri di sini pada Selasa.
Persembahan kebombaan pada Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Bencana Peringkat Negeri Melaka di Pantai Puteri di sini pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Bagi memantapkan persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperuntukkan RM3 juta bagi menambahkan aset penyelamatan.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, perolehan peruntukan itu membabitkan 60 buah bot khas yang akan membantu pergerakan operasi menyelamatkan mangsa banjir dengan lebih cepat di kawasan perbandaran.

Menurutnya, selain itu turut menyediakan 100 unit pencahayaan agar isu pencahayaan kritikal yang berlalu pada tahun lalu tidak berulang lagi sekali gus dapat menambah baik dan melancarkan operasi.

Katanya, penambahan aset itu diyakini akan memudahkan operasi penyelamatan termasuk kawasan bandar yang berbeza kaedah dan pendekatan berbanding operasi di enam buah negeri yang sering mengalami banjir setiap kali MTL iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

"Mangsa banjir di enam buat negeri ini kebanyakan mereka dah bersedia dan tahu apa yang nak buat ketika banjir berlaku berbanding di bandar.

"Jadi kita telah mendapatkan perolehan 60 buah bot khas yang mana ia mempunyai keupayaan untuk bergerak lebih cepat dan pantas khususnya di kawasan bandar," kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Bencana Peringkat Negeri Melaka yang disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Pantai Puteri di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Nor Hisham (kanan) dan Nazili (kiri) memberi penerangan kepada Mohd Ali mengenai aset bomba di udara ketika Penutupan Kursus Pengurusan Bencana Peringkat Negeri di Pantai Puteri di sini pada Selasa.
Nor Hisham (kanan) dan Nazili (kiri) memberi penerangan kepada Mohd Ali mengenai aset bomba di udara ketika Penutupan Kursus Pengurusan Bencana Peringkat Negeri di Pantai Puteri di sini pada Selasa.

Hadir sama Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor, Tuminah Kadi dan Pengarah Bahagian Udara, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Nazili Mahmood.

Tambah beliau, pasukan itu juga telah siap siaga dan akan menggerakkan kekuatan anggota bomba seramai 12,718 orang serta hampir 2,000 aset air dan darat sekiranya berlaku banjir di 4,872 lokasi yang tekah dikenal pasti.

Ujar beliau, dari segi logistik pengambilan anggota hampir penuh dan kini berada di tahap 96 peratus pengisian jawatan di seluruh negara selain penambahan anggota bomba bantuan supaya pihaknya lebih bersedia memulakan operasi terutama tumpuan di enam negeri berkenaan.

Katanya beliau, pendekatan lain yang akan dilakukan dengan pembangunan prosedur operasi standard (SOP) yang akan tubuhkan pusat kawalan hadapan balai bomba dalam masa terdekat.

"Jadi bila berlaku (banjir) masyarakat nampak dan tahu ke mana nak pergi untuk membuat laporan," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, telah mengenal pasti 186 lokasi yang berisiko berlaku bencana kepala air selain 122 cerun kritikal.

Menurutnya, kerana itu anggotanya akan memantau dan memberi nasihat kepada masyarakat terutama di kawasan-kawasan jeram yang dikenal pasti berpotensi berlaku kepala air.

"Pasukan bomba semestinya akan respon jika berlaku kepala air namun masyarakat juga perlu peka sekiranya pergi ke kawasan ini, lihat ramalan cuaca," kata beliau.