Enam maut insiden tembakan di Colombia

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

BOGOTA - Enam orang ditembak mati pada Isnin di sebuah bilik biliard di Barranquilla yang terletak di utara Colombia, lapor Agensi Anadolu.

Tiga lelaki yang menaiki sebuah van putih dilaporkan tiba di bangunan itu dan mula melepaskan tembakan.

Empat orang terbunuh di tempat kejadian, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia di hospital beberapa minit kemudian.

Pihak berkuasa tempatan berkata bahawa insiden itu tercetus akibat pertempuran antara kumpulan penjenayah.

"Insiden itu berlaku mungkin disebabkan kecurian atau rampasan kokain dalam kuantiti besar di Teluk Clan," kata Ketua Polis Oscar Daza.

Mangsa dikenal pasti sebagai anggota kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai Los Costenos.

Negara itu telah merekodkan 79 pembunuhan beramai-ramai sejak awal 2022, menurut Indepaz, sebuah NGO yang memantau situasi keamanan di Colombia.

Lebih 260 orang dilaporkan terbunuh setakat ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: