'Jangan takut bantu SPRM'

sprm
sprm
A
A
A

KUANTAN - Orang awam perlu membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa kerana tanggungjawab itu bukan lagi hak eksklusif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Pengarah SPRM Pahang, Mohamad Fauzi Husin berkata, meskipun agensinya berperanan secara khusus dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan isu rasuah, namun perkara itu tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Menurutnya, justeru orang awam perlu bantu SPRM kerana dengan bantuan mereka isu rasuah dapat dibanteras dengan jayanya memandangkan mereka boleh menjadi mata dan telinga agensi ini.

"Saya akui amanah ini sangat berat dan pasti sukar untuk diterjemahkan tanpa adanya bantuan serta kerjasama semua pihak.. Sebab itu sokongan dan kerjasama orang awam penting.

"Kalau anda semua (orang awam) bersama-sama membantu ia pasti menjadi pembakar semangat kepada SPRM untuk terus melaksanakan tugas tanpa rasa gentar atau takut dalam menghadapi apa sahaja halangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Walk About Perdana Hari Anti Rasuah Antarabangsa Peringkat negeri di Kompleks SPRM Pahang, hari ini.

Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa bertemakan 'Bersama Perangi Rasuah' diadakan serentak di seluruh negara hari ini.

Kira-kira 200 sukarelawan dari Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (Kuipsas), Kolej Universiti Yayasan Pahang (KUYP) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) Pahang mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohamad Fauzi berkata, SPRM menerusi kepimpinan baharu ketika ini mahu membersihkan agensi awam daripada terlibat dalam jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Menurutnya, selain mengambil tindakan penguatkuasaan melalui hukuman penjara dan denda yang dikenakan ke atas individu yang terlibat dengan jenayah terbabit.

Tambahnya, SPRM juga akan memberi fokus kepada tindakan pelucutan harta yang diperoleh melalui amalan rasuah dilakukan pesalah bagi memastikan jenayah itu dapat dibanteras dengan lebih berkesan.

"Kita (SPRM) percaya, pendekatan ini dapat mendatangkan rasa gerun kepada mereka (pelaku rasuah) yang berangan-angan untuk terbabit dalam jenayah rasuah atau mereka yang sudah terbabit dengan jenayah ini tetapi masih belum ditahan," katanya.