Tuchel luah kecewa di Twitter

Thomas Tuchel membantu Chelsea merangkul trofi Liga Juara-Juara pada 2021. - Foto Agensi
Thomas Tuchel membantu Chelsea merangkul trofi Liga Juara-Juara pada 2021. - Foto Agensi
A
A
A

SELEPAS seminggu 'menganggur' Thomas Tuchel meluahkan rasa kecewa di laman sosialnya selepas dipecat daripada jawatan pengurus Chelsea ekoran persembahan suram The Blues awal musim.

Pengendali berusia 49 tahun itu disingkir pada Rabu lalu selepas The Blues tewas mengejut 0-1 di Dinamo Zagreb dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara.

“Ini antara kenyataan paling sukar pernah saya tulis. Saya harap tidak akan lakukan lagi pada masa akan datang.

“Sangat kecewa masa saya di Chelsea sudah pun berakhir.

“Saya berasa seperti di tempat sendiri ketika di Chelsea sama ada secara profesional atau personal,” ciap Tuchel di Twitter miliknya.

Tuchel mencipta impak pantas selepas menggantikan Frank Lampard sebagai jurulatih pada Januari 2021.

Pengendali dari Jerman itu membantu meningkatkan prestasi The Blues dalam aksi Liga Perdana Inggeris dan membawa mereka ke final Liga Juara-Juara yang menyaksikan mereka muncul juara selepas menewaskan Manchester City 1-0.

“Kebanggaan dan kegembiraan ketika membantu pasukan memenangi Liga Juara-Juara dan Piala Dunia Kelab akan kekal dalam ingatan saya sepanjang hayat.

Artikel Berkaitan:

“Saya bangga menjadi sebahagian daripada sejarah kelab ini dan memori 19 bulan terakhir menjadi detik istimewa di hati saya,” kata Tuchel.

Khamis lalu Chelsea mengumumkan pelantikan pengurus Brighton & Hove Albion, Graham Potter sebagai pengendali baharu The Blues menggantikan Tuchel.